I'm DIRECTIONER! Zayn Malik, Niall Horan, Liam Payne, Harry Styles and Louis Tomlinson ♥

Kaum Hawa ♥


Wahai kaum adam, apa kah maksud wanita kepada kamu semua? Adakah tempat melepaskan nafsu yg tinggi kamu itu atau sebagai perhiasan dunia? Jika kamu mahu tahu, wanita lebih dari itu, Wanita adalah seorang yg amat penting d dunia ini, dia lah yg melahirkan zuriat, yang membanyakkan masyarakat, dari sebuah keluarga menjadi sebuah masyarakat, dari sebuah masyarakat menjadi sebuah negara. Allah SWT telah meletakkan perbezaan sifat, perasaan dan fizikal antara seorang lelaki dengan seorang wanita amatlah berbeza. Antara kelebihan yang telah Allah SWT gariskan dalam Islam ialah, wanita telah bekerja dengan Allah dengan menjadi ‘kilang manusia’. Tiap-tiap bulan wanita telah diberi cuti ‘bergaji penuh’ iaitu antara tujuh hingga 15 hari dalam sebulan yang meletakkan dirinya tidak wajib untuk menyembah Allah SWT dan dianggap waktu itu solatnya adalah terbaik buat dirinya.Selain itu, wanita juga mendapat kelebihan cuti bersalin selama 60 hari di mana cuti itu bukanlah cuti yang dibuat-buat. Sebaliknya, cuti yang telah Allah SWT berikan selepas sembilan bulan ‘bekerja’ dengan Allah SWT. Berbeza dengan kaum adam, mereka tidak diberi cuti solat dan hukum menunaikan solat itu wajib bagi dirinya semenjak baligh hinggalah ke akhir hujung nyawa.Allah SWT juga telah memberikan berita gembira kepada kaum hawa sepanjang dia mengandung, Allah SWT sentiasa mengampunkan dosa-dosanya dan terhapuslah segala dosa ketika dia bertarung nyawa melahirkan anak. Malah, sekiranya wanita itu meninggal sewaktu bersalin, dirinya dianggap mati syahid dan terus ditempatkan ke dalam syurga oleh Allah SWT. Sebenarnya banyak lagi, tapi ini saja yg saya mampu berikan. Jadi kaum adam jangan pandang rendah terhadap wanita. ASSALAMULAIKUM! :) 

No comments:

Post a Comment